Vokal (musim 2)

Vokal... Bukan Sekadar Rupa 2 ialah musim kedua bagi siri Vokal Bukan Sekadar Rupa iaitu sebuah rancangan pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh Media Prima dan disiarkan di TV3. Rancangan ini bertujuan mencari bakat berdasarkan mutu nyanyian sahaja tanpa tertumpu pada paras rupa, dan ini dilakukan dengan para juri yang menilai peserta yang bernyanyi tanpa menunjukkan wajahnya atas pentas sewaktu bertanding. Juara musim kali ini dimenangi oleh Mohd Yusof Ahmad atau Uchop.[1]